24 July 2009

Demo besar pro-, anti-ISA 'mungkin huru-hara'

Demonstrasi serentak dua kumpulan berlawanan pendirian, penentang dan penyokong Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA), pada 1 Ogos ini dibimbang boleh "menimbulkan huru-hara", kata Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

"Bila Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) – dua kumpulan yang berbeza pendirian mengenai ISA – mengadakan perarakan pada masa dan hari yang sama, mungkin akan berlaku huru-hara," kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Beliau diminta menjelaskan kenyataannya semalam seperti dipetik Berita Harian bahawa Perkasa dan NGO lain akan berarak mempertahankan akta itu "walaupun boleh menimbulkan huru-hara."

Jika kumpulan penentang akta itu meneruskan Himpunan MANSUH ke Istana Negara, Ibrahim menegaskan, Perkasa akan turut serta bagi menyatakan sokongan terhadap akta itu.

"Kerajaan sudah umum akan kaji ISA, apa perlu perhimpunan ke Istana Negara.

"Tunggu sehingga kerajaan pinda atau bagaimana (keputusannya), baru boleh kemuka bantahan," katanya melalui pesanan SMS kepada Malaysiakini hari ini.

- Malaysiakini

* Teknik lama cuba gagalkan perhimpunan aman. Sengaja beri polis 'bola tanggung' halang perhimpunan.

3 comments:

  1. AKU MEMANG TAK SABAR DAH KETUK SI KATAK NIE...BIAR DIA MATI KATAK. SIAP KAU....KITA TENGOK SIAPA YANG KUAT. BARU SYOK!!! KALAU KENA DUA -DUA PIHAK KENA...APA-APA PUN AKU AKAN STANBYKAN 20 ORG DALAM GROUP AKU UNTUK MEMBUATKAN SIKATAK "MATI KATAK".....

    ReplyDelete
  2. Wakil Lembah Jaya juga akan stanbykan khas 50 orang utk pijak si Katak tersebut. Kalau ada Mail Kojol lagi bagus....Wahai mail Kojol...kau ingat org lembah jaya kau boleh perbodohkan ke???

    ReplyDelete
  3. tahniah buat perkasa..beginilah cara berhemah untuk menggagalkan pihak yg tidak berhemah..baru mereka tahu? dan kita harap polis tak halang hipunan perkasa..sebaliknya jgn bagi can dekat anwar dan nik aziz..kalau perlu tangkap sekarang ni jugak,,hantar pi pulau dayang bunting..biar himpunan ini dibuat kat situ plak..kalau ada yg mati lemas,kita tubuh suruhanjaya bebas lagi satu

    ReplyDelete