25 July 2009

Cho Ha nafi ramai ahli MCA ikut jejak Jui Meng

KUALA LUMPUR 25 Julai — Naib Presiden MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha menafikan dakwaan lebih ramai ahli parti itu akan menyertai bekas ketua MCA Bahagian Bakri, Muar Datuk Chua Jui Meng untuk keluar parti dan menyertai parti pembangkang.

“Dalam urusan parti ini, hari ini orang masuk (menyertai parti), hari esok orang keluar, itu proses biasa, bukan perkara baru. Malah dalam BN sendiri satu masa dulu, ramai yang keluar dari parti komponen masing-masing,” katanya.

Sambil menafikan dakwaan Jui Meng kononnya terdapat kelompok dalam MCA, Cho Ha yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, anggota parti itu cukup matang dan memahami perjuangan dan peranan yang dimainkan MCA selaku parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

Bercakap kepada pemberita selepas majlis konvokesyen Kolej Tunku Abdul Rahman di sini hari ini, Cho Ha berkata, tindakan Jui Meng yang pernah menjawat jawatan Naib Presiden parti serta memegang jawatan Menteri Kesihatan, meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Keadilan Rakyat pada 18 Julai lepas berkemungkinan sebagai penyataan rasa kecewa beliau terhadap parti.

Cho Ha juga tidak menolak kemungkinan ketiadaan jawatan dalam parti dan BN, menjadikan Jui Meng kecewa dan mengambil tindakan menyertai pembangkang.

- BERNAMA

* Seperti menafikan Jui Meng masuk PKR...

No comments:

Post a Comment