25 July 2009

Chin Tong bincang isu bina semula tokong dekat masjid

PULAU PINANG 25 Julai - Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Ching Tong akan mengadakan perbincangan dengan penduduk Batu Feringghi berhubung isu pembinaan semula rumah ibadat kaum Cina berhampiran dengan sebuah masjid di Kampung Belacan, di sini.

Setiausaha Politiknya, Teng Kok Liang berkata, tindakan itu untuk menyelesaikan masalah dan salah faham penduduk di situ berhubung pembinaan semula tokong itu.

“Kami akan berusaha mengadakan perjumpaan antara penduduk dan pemilik tanah bagi menyelesaikan isu berhubung tapak berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Chin Tong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bunga, Teh Yee Cheu akan bertindak sebagai orang tengah untuk mencari kata sepakat.

Akhbar hari ini melaporkan kira-kira 900 keluarga Melayu dan Cina di Batu Feringghi semalam membantah pembinaan semula rumah ibadat kaum Cina berhampiran sebuah masjid di Kampung Belacan.

Pemilik tanah mahu memindahkan tokong Cina itu, yang terletak kira-kira 100 meter dari masjid ke lokasi lain yang hanya 20 meter jaraknya kerana mahu membangunkan tapak lama itu.

— BERNAMA

* Apa cerita ni...

No comments:

Post a Comment