15 July 2009

Bukti rakyat kembali yakin kepada BN - Najib

SHARM EL-SHEIKH 15 Julai — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berpuas hati dengan perubahan yang berlaku pada pilihan raya kecil Manik Urai kerana ia menunjukkan usaha-usaha yang dilakukan sepanjang 103 hari beliau menjadi Perdana Menteri mulai diterima rakyat, terutama pengundi Melayu.


Katanya walaupun Barisan Nasional (BN) tewas dengan majoriti 65 undi, keputusan itu amat memberangsangkan lebih-lebih lagi ia berlaku di kawasan majoriti Melayu.


“Mudah-mudahan sokongan dan kepercayaan rakyat yang kian bertambah ini akan berterusan,” kata Najib yang juga Pengerusi BN kepada wartawan Malaysia di bandar peranginan Mesir di Laut Merah ini untuk menghadiri sidang kemuncak ke-15 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).


Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Manik Urai setelah calonnya Mohd Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi setelah memperoleh 5,348 undi berbanding BN, 5,283 undi.


“(Keputusan) ini bererti keyakinan rakyat terhadap BN sudah dapat kita pulihkan dan sekiranya kita meneruskan usaha-usaha yang telah dimulakan, saya percaya kedudukan Barisan Nasional akan menjadi lebih mantap lagi InsyaAllah. - Bernama

* Maksudnya, jika kali ini bayar RM300 seorang, pilihanraya akan datang naik sekali ganda RM600 seorang barulah keyakinan pengundi bertambah.

1 comment:

  1. usaha perlu diteruskan kn..so jgn plak berenti projek jambatan tu..wat jmbatan tu comey2..nnt baru depa undi hampa..kn kn

    ReplyDelete