
KUALA KRAI, 14 Julai: Barisan Nasional (BN) telah menjadikan kunjungan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew ke Kelantan sebagai kempen strategi akhir mereka di Manek Urai.
Mereka menyifatkan Nik Aziz sanggup berjumpa dengan Lee Kuan Yew tetapi tidak mahu bertemu dengan pemimpin Umno.
Poster dan banner itu mula dinaikkan di saat-saat akhir kempen iaitu petang semalam.Padahal dalam siri lawatan yang sama, Lee Kuan Yew turut bertemu Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Sri Rosmah Mansor.
Najib semasa kunjungan itu dikatakan berjanji untuk membina jambatan ketiga antara Johor dan Singapura atas permintaan Singapura yang kemudiannya dibantah bekas PM, Tun Dr Mahathir.Lee Kuan Yew pula semasa mengunjungi Nik Aziz bertanya apakah dasar PAS terhadap rakyat berbilang kaum jika memerintah negara ini.
- Siasah
No comments:
Post a Comment