09 July 2009

Bekas pemain bola sepak Amerika mati ditembak

NASHVILLE, Tennessee 9 Julai - Bekas pemain Liga Bola Sepak Amerika (NFL), Steve McNair ditembak mati ketika sedang tidur oleh teman wanitanya berusia 20 tahun Sabtu lalu difahamkan akibat masalah kewangan dan percaya lelaki itu ada hubungan lain, kata polis.

Sahel Kazemi hilang kawalan apabila menembak McNair empat kali ketika dia sedang lena tidur di sofa awal pagi Sabtu, sebelum menembak dirinya sendiri, kata Ketua Polis Ronal Serpal.

Hasil temu bual dengan beberapa rakannya mendapati Kazemi terpaksa membayar dua buah kereta, menghadapi hutang sewa rumah dan dia mengesyaki McNair ada hubungan dengan wanita lain. - AP

No comments:

Post a Comment