11 July 2009

100,000 jemaah tabligh ‘tawan’ Nilai


NILAI – Lautan manusia.
Begitulah suasana yang boleh digambarkan apabila kira-kira 100,000 jemaah tabligh dari seluruh dunia membanjiri Kuarters Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini sempena Ijtimak Dunia 2009 yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam.

Bilangan jemaah yang hadir dijangka meningkat kerana ulama-ulama tersohor dari seluruh dunia juga akan hadir sepanjang tiga hari program tersebut.

Bagi tujuan itu, pihak penganjur telah membelanjakan RM2 juta untuk menyediakan 10 khemah besar yang setiap satu boleh Selain itu, sebanyak RM5 juta lagi diperuntukkan untuk penyediaan makanan dan minuman yang diuruskan oleh 1,500 tukang masak yang juga dari kalangan ahli tabligh sendiri.menempatkan 10,000 hingga 11,000 jemaah.

- Kosmo

5 comments:

  1. Alhamdulillah, memperlihatkan kekuatan umat Islam. Alangkah baiknya sekiranya mereka yg terlibat boleh sekali mengundi bersama-sama dalam pilihan-raya.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju. Kalau kekuatan itu digarap secara tersusun, para pendakwah turut mendaftar sebagai pengundi, ajak masyarakat & rakyat ke masjid, keluar beberapa hari untuk buat usaha agama, Insya Allah PRU ke 13 nanti BN/UMNO akan tumbang.

    ReplyDelete
  3. Saya ada dengar kuliah Ustaz Wan Azahar di masjid kuarters KLIA minggu lepas. Saya dapat info dia mengajar di sekolah perkampongan orang asli Negeri Sembilan. Menarik sekali bila dia sebut tentang surat Maulana Elyas kepada Zahir Hassan. Dia juga cadangkan supaya di jemput ulamak-ulamak tempatan(Malaysia)untuk berkongsi pandangan. Ya, elok juga pandangan ustaz tu. Jemput Ustaz Nik Aziz, Ustaz Hadi Awang, ustaz Harun Din, ustaz Harun Taib di samping Dato' Jamil Khir, Mashitah Ibrahim, Hamid Othman dan Abdullah Mat Zin. Dan kalau Dato' Najib setuju boleh aturkan terus cadangan debat Mursyidul Am PAS dengan beliau dengan di saksikan secara life oleh 100,000 yang hadir. Allahu Akbar.

    ReplyDelete
  4. KALAU PUAK2 NI PI MANIK URAI NANTI pas AKAN KATA umno BAWA PENGUNDI HANTU PLAK..ORG pas NI FOBIA SIKIT DGN HANTU..DULU2 MUNGKIN BOLEH JEMPUT NIK AZIZ SEBAB DIA ULAMAK TETAPI SKRANG KENA FIKIR DUA TIGA KALI..KALU NAK UNDANG JG, UNDANG SEKALI UST. NGA DAN UST NGEH ATAU UST.NIZAR

    ReplyDelete
  5. sdr P**G*la memang bangang ..maklumlah dok dalam hutan...lain kali pi belajar dulu kat TABIKA KEMAS...nie posting cerita tentang tabligh...tiba-tiba ko dok sibuk manik urai tu buat apa...dasar kuda longkang.....syuh....pi main jauh-jauh

    ReplyDelete