SHAH ALAM 17 Julai – Kira-kira 100 penyokong pakatan pembangkang berhimpun di perkarangan Plaza Masalam di sini bagi menyuarakan bantahan dan meminta penjelasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kematian seorang setiausaha Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock semalam.
Keadaan menjadi kecoh apabila beberapa pegawai polis yang bertugas mengarahkan kumpulan tersebut supaya tidak berhimpun dan berucap.
Pada pukul 10.10 pagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir untuk bersemuka dengan dengan pihak SPRM bagi meminta penjelasan.
Turut kelihatan di bangunan itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. - Utusan
No comments:
Post a Comment