19 July 2009

10 anggota Unit Forensik memasuki pejabat SPRM

SHAH ALAM 19 Julai – Seramai 10 pegawai dan anggota dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dilihat memasuki pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini, pukul 5.20 petang ini.

Pasukan itu diketuai seorang pegawai yang dikenali sebagai Inspektor Nazri memasuki pejabat suruhanjaya itu yang terletak di Plaza Masalam, lokasi Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock ditemui mati selepas terjatuh dari bangunan itu, pada Khamis lalu.

– Utusan

No comments:

Post a Comment