08 June 2009

“Pahala adalah untuk Pas sahaja, Umno tak dapat pahala”, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Pahala adalah untuk Pas sahaja, Umno tak dapat pahala”, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Demikian ungkapan MB Kelantan sebaik selesai berdoa ketika melancarkan aturcara tidak bertulis dalam muktamar Pas di Shah Alam hari ini. Aturcara tidak bertulis itu ialah pelancaran pungutan derma jihad sempena muktamar.

Ungkapan itu disambut dengan ketawa kecil oleh sebahagian perwakilan dan pemerhati.

Menurut Tuan Guru, kalau kita keluar negara, mata wang negara sendiri tidak laku lagi, semuanya hendaklah dengan mata wang negara berkenaan. Thai dengan Bhat, Indonesia dengan Rupiah, dan begitulah seterusnya. Itu matawang dunia.

Kalau berlainan negara sahaja, mata wang negara lain tidak laku lagi maka bagaimana jika berlainan alam, dunia dan akhirat. Matawang dunia tidak terpakai di akhirat tetapi yang terpakai ialah matawang akhirat. Mata wang akhirat menurut Tuan Guru ialah ‘pahala’.

Ini kelebihan Tuan Guru iaitu kemampuan mengungkap sesuatu yang realistik, ‘RM mata wang dunia. Pahala, mata wang akhirat’.

Bila Tuan Guru kata Umno tidak berpahala, Umno tentu marah. Beliau tentu dicemuh.

“Ingat dia seorang sahajakah nak masuk syurga? Ingat dia seorangkah Muslim? Umno tidak Islamkah sehingga tidak berpahala?”, mungkin ini getus hati orang Umno.

Untuk mereka yang tidak pernah menyertai muktamar Pas; kawasan-kawasan Pas, perwakilan dan pemerhati, berebut-rebut untuk menyumbang sepanjang muktamar. Ada yang menyumbang secara tunai, cek semasa, cek tertangguh bahkan ada yang membuat aku janji akan menunaikannya pada masa lain.

Hasilnya, ratusan ribu berjaya dikumpul dan tidak ketertalulan kalau dikatakan perbelanjaan penganjuran muktamar Pas tidak perlu mengusik wangnya daripada sumber lain. Cukup dengan kutipan semasa muktamar sahaja.

Adakah kawasan atau ahli Pas itu mendapat apa-apa anugerah hasil daripada sumbangan itu? Jawabnya, tidak. Habis, mengapa mereka berlumba-lumba berbuat demikian? Jawabnya, kerana mata wang akhirat, pahala.

Ini antara keistimewaan Pas.

Saya tidak pernah menghampiri Perhimpunan Agung Umno dan tidak bercadang untuk menghampirinya. Saya hanya mengikutinya melalui maya atau kaca TV. Tapi, saya yakin apa yang dibuat oleh Pas dalam muktamarnya tidak dibuat oleh Umno dalam perhimpunannya.

Mengapa Umno tak buat?

Mungkin mereka sudah banyak wang daripada pelbagai sumber. Mungkin juga kalau dibuat pun tidak akan ada yang menyumbang kecuali sedikit. Mungkin juga kalau ada yang menyumbang perlu buat majlis rasmi dengan replika cek besar untuk rakaman lensa kamera media. Itu sebahagian kemungkinannya.

Mungkin juga, ahli Umno merasa bukan mereka yang perlu menyumbang kepada Umno, tapi mereka sering bertanya apa yang Umno boleh beri kepada mereka?

Ada banyak lagi kemungkinan yang lain. Apa yang pasti, Umno tak buat macam Pas buat.

Maknanya, Umno tidak berpahala kerana dia tak buat. Kalau dia buat pun tidak berpahala juga kerana dia buat bukan kerana ‘pahala’.

www.bongkarsauh.blogspot.com

* Patutlah pilihan dia kalah...

5 comments:

  1. UMNO kalau amalkan cara hidup kafir,zina sana, arak minum, judi buat, letupkan orang, pisahkan politik dan agama Islam, memanglah berdosa..bile berdosa potensi nak masuk neraka tu ada..sesungguhnya orang melayu UMNO bukan saudara aku dah..

    ReplyDelete
  2. Salam untuk semua

    DALAM APA HAL PERTAMA KALI KITA KENA MUHASABAB DIRI KITA DULU....

    PADA TGNA..AMBO MINTAK MAAF LAA
    KERANA GURU AMBO KATA TENTANG DOSA PAHALA TU...ALLAH SWT YANG TENTUKAN

    KALAU PAHALA TU BERGUNUNG KATAKANLAH TAPI TIDAK DI BERKATI ALLAH SWT ...BAGAIMANA ???

    ORANG YANG TUNGGANG TERBALIK SOLAT TU BELUM TENTU MASUK SYURGA BEGITU SEBALIKNYA..TENGOK AJE YUSOF ISLAM DAN RAMAI LAGI

    ADA CITE DARI ARWAH GURU AMBO...
    SEORANG HAMBA ALLAH INI BANYAK MEMBUAT PAHALA..SETELAH MENINGGAL BELIAU DI SOAL SIASAT...DENGAN BANGGANYA BELIAU MENYATAKAN BELIAU BANYAK BUAT PAHALA...AKHIRNYA MALAIKAT REJECT SEGALA PERMINTAAN ATAS ALASAN ALLAH SWT TIDAK MEMBERKATI SEGALA PAHALA YANG BELIAU SEBUTKAN...BEGITU ADA NYER

    SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI

    WALLAH HUALAM

    ReplyDelete
  3. Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah orang lama yang mendiami dunia ini, disamping itu dia dianugerahkan Allah dengan ilmu islam yang lebih mendalam dan diiktiraf sebagai ulama.

    Orang jenis ini bila bercakap memang kita dengar agak pelik dan mengarut kerana dia bercakap bersandarkan pada ilmunya. Jika kita ingin berhujah dengan nya maka kita juga mesti berilmu berkaitan dengan agama islam. Baru kita nampak salah dan silapnya ketika mengeluarkan pendapat.

    Kalau kita berilmu agama islam hanya setakat setengah tiang, nak bercakap tentang ketuhanan... lebih baik diam atau cari guru yang bertauliah bagi menambahkan lagi ilmu didada daripada dituduh bodoh tak boleh diajar, pandai tidak boleh diikut.

    ReplyDelete
  4. Memanh UMNO parti ahli NERAKA...melayu UMNO hanya boneka pada MCA & MIC. Pemimpin UMNO lembah Jaya, Ismail Kojol..sanggup menjual maruah melayu dengan memberi tanah sekolah agama pada kontraktor cina dan syukur dengan YB yg baru iaitu YB Kassim Tanah tersebut dapat dikembalikan pada milik sekolah agama. Ismail Kojol dah banyak memperbodohkan ahli UMNO bawahan..pasal tu PRU12 Ismail Kojol...terus KOJOl....

    ReplyDelete
  5. Gua respek la sama lu ustat nik ajis..ahli lu wa nampak sangat taksub sama lu sampai lu kata itu tahi boleh makan pun mereka akan makan ma..olang UMno memang jahat ma..itu pasat olang cina mahu kawan sama lu punya parti.. lu punya parti sangat baik ma..dulu wa takut sama hudud..tapi sekalang wa talak takut sebab lu punya hudud sudah talak pakai

    ReplyDelete