DALAM perebutan dan perang untuk menduduki takhta nombor dua dalam hirarki Pas, Mohamad Sabu (Mat Sabu) nampaknya bersendirian. Mat atau lebih mesra dengan panggilan Abang Mat ini tidak didominasikan oleh mana-mana puak. Dan dia juga tidak ‘mendempekkan’ dirinya dengan mana-mana kumpulan atau aliran yang menjadikan mainan media massa kini.
Mat mungkin tidak suka kalau dia dilebel dengan apa-apa aliran atau fahaman. Dia ada fahaman sendiri yang diyakini.
Mat bergerak atas kapasitinya sendiri. Tidak ada apa-apa machinery kempen untuknya. Tidak terdengar mana-mana kumpulan atau penyokongnya membentuk sekretariat gelap untuk kempennya. Mat juga tidak ada media yang bersimpati kepadanya. Mat berkempen dengan lidah dan mulutnya sendiri bermodalkan air liur.
Mat tidak banyak duit untuk memberi baksis kepada wartawan atau penulis-penulis blog liar dan pengecut. Mat menjadikan sejarah dan track record perjuangannya sebagai modal. Dia adalah calon under dog.
Dia bergerak seperti orang-orang Pas dulu bergerak, berjuang sambil berdakwah, dan berdakwah sambil berjuang. Mat bergerak bukan saja sebulan dua ini, tetapi lama sebelum ini, sejak lebih 25 tahun dulu lagi.
Ceruk rantau dan jerung mana yang Mat tidak pijak, semua tempat beliau pergi dan jelajahinya. Sebab itu Mat cukup popular, dikenali rakyat. Sebutlah nama Mat semua orang kena. Dari budak sampailah kepada orang tua bongkok tiga, semua kenal dan tahu sejarah kegigigan perjuangan Mat. Mat pernah dilebelkan sebagai ayam tambatan Pas oleh Utusan Malaysia. Gelaran itu menunjukkan kehebatan Mat dan kehambaannya kepada Pas yang menggerakan perjuangan Islam.
Seluruh bumi yang cuba hendak dipijak semula oleh komunis Chin Peng ini Mat sudah sampai. Mat ada di Kuala Kedah, Mat ada di Nenasi Johor, Mat ada di Pulau Tawar, Jerantut. Mat juga berada di Hulu Nerus, Terengganu. Mat juga di Rompin, ataupun di Batu Kikir Negeri Sembilan. Mat juga berada di Jeli. Pendeknya Mat berada di mana-mana saja atas muka bumi Malasysia ini.
Mat pegi bukan apa, kerana bercermah dan berdakwah. Memberi kesedaran kepada rakyat mengenai kesyumulan Islam. Menjelaskan kepada rakyat mengenai kebejatan UBN. Menjelaskan bahayanya fahama sekular yang dianutan UBN. Mat menceritakan mengenai kerakusan pemimpin UBN, kezaliman kerajaan UBN yang menekan dan menindas rakyat sepanjang masa!
Mat menceritakan tanpa selindung. Hasil dakwah dan penerangan Matlah maka rakyat membuka mata. Perlahan-lahan menolak dan membenci UBN. Hakikat ini tidak dapat ditolak oleh sesiapa pun. Siapa saja yang berada dalam barisan kepimpinan Pas hari ini kecuali Abdul Hadi Awang tidak dapat melawan kehebatan dan keulitan Mat.
Bukan itu saja Mat juga berani. Kerana keberanian dan kegigihan itulah Mat ditakuti oleh UBN sehingga Mat ditangkap di bawah Akta Keselmatan Dalam Negeri (ISA). Bukan sekali tetapi dua kali Mat direhatkan di bawah ISA. Kali pertama tahun 1984 – 1986 dan kali kedua pada 1987 – 1989. Penangkapan Mat di bawah ISA itu sudah cukup untuk membuktikan siapa Mat.
Bekas ahli Parlimen Kubang Kerian dan Kuala Kedah itu juga seorang ikhlas dalam perjuangan. Mat tidak pernah menuntut apa-apa keperluan hidup untuknya. Beliau dilantik menjadi lembaga pengarah satu agensi di Pulau Pinang, beliau tidak tahu pun berapa elaun yang diterimanya. Ini bermakna soal duit ringgit bukan perhitungan Mat. Bagi Mat kalau dia boleh memaki UBN sudah cukup sebagai gaji atau ganjaran untuknya dia sudah berpuas hati.
Dari segi ketahanan dan ujian, baik mental dan fizikal Mat teruji lebih dahsyart daripada yang lain-lain. Musuh Pas melakukan apa saja untuk membendung Mat. Semua dilakukan termasuk mengaibkan Mat. Kalau pun tidak pernah dilakukan mungkin hanya usaha untuk membunuh Mat. Mungkin melampau kalau dikatakan kesangsaraan dilalui Anwar Ibrahim juga turut sama dilalui oleh Mat.
Menilai laluan dan lenggang lengguk perjuangan Mat, sekiranya ia dijadikan ukuran dalam pemilihan ternyata Mat mengatasi semua calon lain.
Begitu juga kalau soal pengalaman menjadi keutamaan, Mat lebih berpengalaman dan sejarahnya mengenai perjuangan Pas dan Islam begitu luas. Demikian kalau hendak dihimpunkan keberanian dan kehebatan Mat, banyak. Tetapi paling menyerlah dan tidak terlawan sesiapa ialah dalam soal mengolahkan massa. Mat pandai dan mampu mengajak massa untuk berhimpun, berarak menuntut keadilan dan kebenaran.
Atas ketrampilan itulah tidak pelik kalau Mat digelarkan sebagai tokoh demonstrasi dan tokoh pernggerak nadi rakyat bawahan. Kerana itu Mat mengakui dia mempunyai kemampuan untuk mengelombangkan massa bagi menyokong perjuangan Pas bersama Abdul Hadi Awang.
Pun begitu ada yang mempertikaikan kualiti dan standard Mat. Mungkin dilihat kepada karektor dan juga luaran Mat yang kurang smart dan nampak kekampungan. Bagi saya ini tidak menjadi masalah.
Apa yang perlu dinilaikan ialah seketul darah yang ada dalam dada Mat itu. Mat mempunyai sekeping hati yang tulus dan ikhlas, bukan hipokrasi ataupun jauh sekali daripada berbuat sesuatu untuk mempopularkan diri. Ketulusan dan keikhlasan seseseorang pemimpin lebih penting dan afdal kepada rakyat apa lagi dalam konteks gerakan Pas yang bukan saja mengejar kuasa tetapi juga untuk mencapai keredhaan Allah.
- msomelayu
* Hebat ceramah tapi semasa pilihanraya kalah 2 kali berturut-turut. Mat Sabu tokoh hebat tetapi perlu berpijak di bumi yang nyata.
No comments:
Post a Comment