KUALA LUMPUR: Seorang akauntan terpinga-pinga apabila kereta mewah miliknya dilarikan seorang lelaki selepas kenderaannya dilanggar kereta lelaki terbabit berhampiran lampu isyarat di Jalan Ara, Bangsar, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, mangsa berusia 40-an itu dikatakan memberhentikan kereta mewah model BMW terbabit ketika lampu isyarat merah sebelum sebuah Proton Waja dipandu seorang lelaki melanggar belakang kenderaannya.
Menurut sumber, selepas perlanggaran, mangsa dikatakan turun dari kenderaan untuk melihat kerosakan pada keretanya dan pada masa sama, lelaki dari Proton Waja itu keluar dan menuju ke arah mangsa.
Difahamkan, mangsa yang panik kemudian menyoal lelaki terbabit sebab keretanya dilanggar kerana kejadian berlaku itu seolah-olah disengajakan.
“Namun, suspek meninjau dalam kereta lelaki terbabit sebelum secara tiba-tiba menolak mangsa dengan kuat menyebabkannya hampir terjatuh.
“Suspek meluru ke arah tempat pemandu kenderaan mangsa sebelum memecut laju melarikan keretanya,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, mangsa gagal menghalang suspek daripada melarikan kenderaannya kerana kejadian berlaku dengan pantas.
“Lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Pantai sejurus kejadian terbabit,” katanya.
- Mymetro
* Naiklah Waja itu dulu sementara polis mengesan BMW...
No comments:
Post a Comment