SHAH ALAM, 4 Jun (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali menegaskan bahawa Umno Selangor cemburu dengan kemampuan PAS negeri ini menganjurkan Muktamar yang ke-55 pada tahun ini.
Menurut beliau, saranan yang dikeluarkan oleh Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Khir Toyo yang menuduh PAS menggunakan wang Kerajaan Negeri untuk menganjurkan Muktamar menjelaskan sifat cemburu tersebut.
Sebaliknya Dr Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Gombak menegaskan bahawa pengajuran Muktamar ini adalah sumbangan dari ahli PAS itu sendiri.
"Kita tidak menggunakan kemudahan Kerajaan Negeri kecuali kita jemput mereka untuk mengiklankan barangan dan perkhidmatan mereka.
"Ini seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), ada barangan yang hendak dijual seperti hartanah,"jelasnya selepas membuat persiapan terakhir untuk Muktamar PAS Pusat di pekarangan Stadium Melawati petang tadi.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz dan Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir
Katanya, kalau Khir Toyo datang tengok sendiri macam mana kita menguruskan Muktamat yang ke-55 ini, saya rasa dia sendiri akan masuk PAS.
"Esok dapat membuktikan segala-galanya, bagaimana multimedia berfungsi dengan baik ketika perasmian muktamar pada kali ini," katanya.
- Harakahdaily
* Kalau cuma kebendaan berubah, Umno lama dah buat. Budaya 'couple' di seksyen 13 pinggir stadium tu, tengok rancak lagi.
Walau apa pun alasan, rakyat yg cerdik tetap melihat PAS tiada bezanya dgn UMNO,yg bezanya PAS mempergunakan al quran sedangkan UMNO berjuang atas tuntutan dan kehendak al quran..jgn sampai ahli2 PAS terpaksa menjilat ludah pemimpinnya atau ludah mereka sendiri - CAKAP TAK SERUPA BIKIN
ReplyDeleteHanya ahli UMNO bawahan yg bodoh sahaja mudah diperbodohkan oleh pemimpinnya.....UMNO berkuasa dengan cara KOMUNIs & Yahudi. mana ada kehendak al-Quran menahan org tanpa sebab (ISA) dan menghalang rakyat nak buat sembahyang hajat. nak sembahyang hajat pun dilarang TAPI buat maksiat dibenarkan....Inilah bezanya Ulama Pas dgn ulama UMNO. Ulama UMNO yg menentukan suaranya adalah DUIT seperti kata ustazah masitah....rakyat Malaysia bagi perempuan yg terdesak hidupnya diharuskan melacur???? dan sesiapa yg nak pergi haji boleh berhutang??? besok bila mati masa tunaikan haji siapa nak bayar hutang???? Dalam UMNO ada judi Haram 7 judi halal....yg halal bila judi tersebut ada lesen. Nampak tak berapa ahli UMNO bawahan diperbodohkan oleh pemimpinnya.
ReplyDelete