KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal yang disyaki mendera pembantu rumah warga Indonesia direman selama lima hari mulai semalam.
Perintah itu dikeluarkan terhadap wanita berkenaan oleh Majistret Haffiza Sauni kira-kira jam 10 pagi.
Kelmarin, negara digemparkan dengan satu lagi kes penderaan pembantu rumah apabila Siti Hajar, 33, dari Jawa Barat ditemui dalam keadaan lemah dan kesan kecederaan dipercayai diperlakukan bagai hamba abdi sejak hampir tiga tahun apabila didera hampir setiap hari sebelum nekad melarikan diri dari rumah majikannya di sebuah kondominium mewah di Mont Kiara di sini.
Wanita malang itu yang langsung tidak mempunyai wang bagaimanapun, mendapat simpati pemandu teksi yang tidak sampai hati melihat keadaan mangsa lalu menghantarnya ke Kedutaan Indonesia tanpa mengenakan tambang.
Duta Besar Indonesia di Malaysia, Tan Sri Da’i Bachtiar, berkata wanita malang terbabit tiba di perkarangan Kedutaan Indonesia jam 8.30 pagi dan menceritakan penderitaan yang ditanggungnya.
Da’i berkata, kedutaan memanggil wanita yang menjadi majikan itu untuk mengadakan perbincangan bagi menuntut tunggakan gaji pembantu rumah yang dianggarkan bernilai RM17,000.
Majikan terbabit didakwa tidak pernah membayar gaji walau satu sen pun sejak wanita warga Indonesia itu diambil bekerja di rumahnya
Malah, mangsa turut diberikan wang saku RM10 oleh pemandu teksi terbabit yang bersimpati selepas melihat keadaannya yang sangat lemah ketika itu.
Siti memberitahu pegawai kedutaannya, dia didera majikannya, seorang ibu tunggal beranak dua berusia 43 tahun sejak mula bekerja dengannya pada 2006.
Majikan terbabit didakwa tidak pernah membayar gaji walau satu sen pun sejak wanita warga Indonesia itu diambil bekerja di rumahnya, selain hanya diberikan nasi kosong tanpa lauk sebagai makanan harian.
Lebih memualkan, jika mangsa teringin menjamah lauk, dia hanya dibenarkan mengambil daging babi oleh majikan walaupun mengetahui pembantu rumah berkenaan beragama Islam.
Duta Besar Indonesia di Malaysia, Tan Sri Da’i Bachtiar, berkata wanita malang terbabit tiba di perkarangan Kedutaan Indonesia jam 8.30 pagi dan menceritakan penderitaan yang ditanggungnya.
Da’i berkata, kedutaan memanggil wanita yang menjadi majikan itu untuk mengadakan perbincangan bagi menuntut tunggakan gaji pembantu rumah yang dianggarkan bernilai RM17,000.
“Majikan itu datang ke kedutaan kira-kira jam 11 pagi tadi (semalam) dan hasil perbincangan dia mengakui mendera mangsa dan meminta maaf.
“Hampir lapan jam perbincangan dilakukan dan wanita itu ditahan polis sejurus dia keluar dari pejabat kedutaan,” katanya.
- Mymetro
No comments:
Post a Comment