
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, lelaki terbabit disedari menghilangkan diri oleh tiga pengawal keselamatan sejurus mereka selesai memungut wang di sebuah bank dalam bangunan terbabit.
Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abd Rahim Hamzah Othman, berkata lelaki terbabit dipercayai mengambil kesempatan ketika tiga pengawal keselamatan itu masuk dalam banguan.
“Siasatan mendapati, lelaki itu keluar melalui pintu kecemasan di bahagian bumbung dan melarikan satu daripada 19 beg yang diletakkan di belakang van.
“Kejadian disedari tiga rakan setugasnya yang kemudian melaporkan kepada polis,” katanya ketika ditemui pada sidang media di pejabatnya, malam tadi.
Menurutnya, van terbabit ditinggalkan dengan keadaan enjin masih hidup, bagaimanapun pemandunya tiada dalam kenderaan itu dan menimbulkan syak kepada tiga pengawal keselamatan berkenaan.
Katanya, polis percaya suspek tidak keluar mengikut pintu depan van kerana tidak mahu sistem keselamatan van itu diaktifkan secara automatik.
“Siasatan awal mendapati tiada kesan umpil di kenderaan terbabit.
“Sehubungan itu, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kami sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang sekitar lokasi kejadian,” katanya.
Katanya, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.
Berikutan itu, polis mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit.
Lelaki terbabit, Abdul Jalil Abdullah, 38, beralamat terakhir di 6-3-1, Blok 1 Pangsapuri Teratai, Taman Bukit Subang, Shah Alam.
- Mymetro
No comments:
Post a Comment