09 June 2009

Dr M setuju BI subjek wajib

CYBERJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju supaya Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, idea itu boleh memberi nilai tambah kepada masa depan pelajar terbabit khususnya untuk bersaing dalam dunia pekerjaan dalam era globalisasi.

Bagaimanapun, beliau berharap Kementerian Pelajaran akan mendapatkan pandangan daripada orang ramai khususnya ibu bapa terlebih dulu sebelum melaksanakannya kerana ia menyentuh masa depan anak mereka.

“Sebenarnya keputusan sama ada cadangan itu boleh dilaksanakan atau tidak bergantung kepada ibu bapa dan bukannya kerajaan kerana ia membabitkan masa depan anak mereka,” katanya selepas menerima anugerah Doktor Kehormat Kemanusiaan daripada Universiti Teknologi Kreatif LimKokWing (LUCT) di sini, semalam.

- Bharian

No comments:

Post a Comment