KUALA LUMPUR: Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) menempuh detik getir apabila disamun dua lelaki bermotosikal yang merompak sebuah stesen minyak di Jalan Kuching di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Amir, 22, singgah mengisi minyak dan membeli minuman di stesen terbabit.
“Namun, ketika mahu membayar air dibeli, saya terkejut apabila dua lelaki bertopi keledar berusia 20-an menyerbu masuk ke dalam kedai serbaneka stesen itu dan menjerit supaya menyerahkan semua wang.
“Seorang daripada suspek yang bersenjatakan parang merampas dompet seorang pekerja lelaki warga asing dan telefon bimbit milik seorang pekerja wanita termasuk beberapa kotak rokok.
“Suspek seterusnya mengambil wang di mesin juruwang di kaunter berkenaan yang dianggarkan lebih RM2,000 dan memasukkannya ke dalam beg galas,” katanya.
Menurutnya ketika kejadian, seorang daripada suspek membawanya ke belakang kedai itu dan meminta menyerahkan dompet berisi wang, tiga kad ATM dan beberapa dokumen lain.
“Kedua-dua suspek bagaimanapun tidak mencederakan sesiapa dan melarikan diri menaiki motosikal yang diletakkan di kawasan stesen minyak terbabit,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Jinjang.
Difahamkan, stesen minyak itu disamun kali ketiga tahun ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
- Mymetro
* Kalau dipotong tangan mereka memang sangat wajar.
No comments:
Post a Comment