04 June 2009

ADUN Bukit Bunga jumpa Husam pohon maaf

Dua ADUN BN Kelantan yang sebelum ini mendakwa Datuk Husam Musa terlibat dalam kes penyalahguaan kuasa di negeri itu, mengunjungi exco kerajaan negeri itu pagi semalam untuk memohon maaf.

ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah dan ADUN Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik (Bukit Bunga) mengunjungi Husam pada jam 11 pagi.

Pertemuan itu berlangsung di bilik rehat ADUN di Tingkat 1, bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan -- tempat mereka membuat dakwaan tersebut terhadap Husam.

Semalam, Nozula menarik balik segala tuduhannya terhadap Husam yang dibuat kepada Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pada 27 November 2007. Notis pemohonan maaf itu disiarkan dalam akhbar Berita Harian semalam.

Mohd Adhan pula melakukannya dalam pertemuan pagi semalam.

Ekoran dakwaan tersebut, Husam menyaman sejumlah RM6 juta terhadap kedua-dua ADUN terbabit kerana memfitnahnya.

Pertemuan 30 minit itu berlangsung dengan keadaan penuh mesra dan rendah diri kedua-dua pihak.

Bersikap terbuka

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan, Mohd Adhan menafikan permohonan maafnya itu berkaitan dengan kempen pilihanraya kecil Dun Manek Urai.

"Kami membuat kenyataan terbuka memohon maaf kerana sedar ini merupakan satu kesilapan besar yang telah kami lakukan kerana bertindak terburu-buru setelah menerima maklumat dari sumber tertentu.

"Dahulu di bilik ini kami berkumpul untuk membuat kenyataan akhbar dan hari ni pun kami berada di sini juga untuk membuat pembetulan," beliau dipetik sebagai berkata.

Sementara Husam dilaporkan berkata, beliau bersikap terbuka dan sedia menerima sebarang teguran dari semua pihak, termasuk media.

"Saya berharap selepas ini, kalau nak buat sesuatu laporan, biarlah mempunyai bukti dan jangan jadikan ia sebagai fitnah. Fitnah amatlah besar kesannya kepada si mangsa," katanya.

- Malaysiakini

* Naik saham tepat pada masa yang diperlukan...

2 comments:

  1. 1. http://minusion.blogspot.com/
    2. http://cendawan-goreng.blogspot.com/
    3. http://trendpolitik.blogspot.com/
    4. http://apasiapadimana.blogspot.com/
    5. http://mynameisdot3x.blogspot.com/
    6. http://papanzz.blogspot.com/
    7. http://penggeletek.blogspot.com/
    8. http://soulreaper-abarai.blogspot.com/
    9. http://h2o-orihime.blogspot.com/
    0. http://senyumrindu.blogspot.com/
    1. http://sharps-shooters.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. kepada ahli -ahli pas yg asik dok mencaci UMNO,korang layarilah http://muktamarpas.blogspot.com,korang baca satu persatu ulasan korang punya ahli..kemudian korang pegi masjid dan bermuhasabah dan bermunajat kat situ..insyaallah aku pasti selepas ni korang akan melihat segala kebaikan yg ada kat UMNO tapi tak ada walau sekelumit pun kat korang

    ReplyDelete