07 May 2009

Tindakan tegas cuba gagalkan sidang DUN

KUALA LUMPUR 6 Mei - Polis memberi amaran tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk menahan mana-mana pihak yang cuba menggagalkan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis akan bertindak tegas mengikut peruntukan undang-undang jika mereka terus berdegil.

Beliau berkata, perbuatan tersebut boleh dianggap sebagai menghasut orang ramai supaya tidak mengiktiraf kerajaan Perak yang ditubuhkan secara sah.

Tambahnya, bagi memastikan kelancaran, polis melarang keras terhadap sebarang perhimpunan yang cuba diadakan semasa sidang DUN tersebut.

"Ini merupakan satu perbuatan menghasut orang ramai dan melakukan kesalahan di bawah kanun keseksaan dan Akta Polis 1967," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan di Maktab PDRM, Cheras, di sini hari ini. _ Utusan

* Musa dahului keputusan mahkamah?

No comments:

Post a Comment