22 May 2009

Tiga konstabel polis ditahan disyaki rogol remaja Indonesia

KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis yang disyaki terlibat dalam kes merogol seorang remaja warga Indonesia ditahan di Serdang, petang semalam.

Ketiga-tiga konstabel berumur 22 hingga 26 tahun itu yang bertugas di Balai Polis Serdang, ditahan sehari selepas remaja berusia 17 tahun tersebut membuat laporan polis.

Menurut laporan yang dibuat remaja terbabit, dia dirogol kirakira pukul 3 pagi di sebuah rumah di Serdang.

Mangsa yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri dipercayai pendatang tanpa izin.

Difahamkan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman ketiga-tiga anggota polis itu hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

- BERNAMA

* Ingat boleh ambil kesempatan...

No comments:

Post a Comment