08 May 2009

Tambah motosikal tangani Mat Rempit

SHAH ALAM: Dalam usaha mengekang jenayah membabitkan ‘Mat Rempit’, polis Selangor menambah 247 motosikal, termasuk berkuasa tinggi tambahan kepada 118 buah sedia ada, menjadikan jumlah keseluruhan motosikal kepada 424 buah, sekali gus mampu menangani masalah jenayah di 12 daerah di negeri ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata dengan penambahan itu, polis khususnya cawangan Trafik akan meningkatkan operasi memerangi kumpulan Mat Rempit dan pengguna yang melanggar undang-undang lalu lintas.

Menurutnya, operasi besar-besaran di negeri itu sudah dibuat sejak tiga minggu lalu dan tumpuan kini di kawasan bandar khususnya di daerah Petaling Jaya dan Subang Jaya.

“Kita akan perangi habis-habisan Mat Rempit ini dan dengan penambahan jumlah motosikal ini, ia dapat membantu polis trafik mengawasi pergerakan mereka.

“Kita juga sudah menubuhkan satu pasukan khas dan mereka akan memberi tumpuan pada tengah malam dan awal pagi untuk mengawasi kumpulan Mat Rempit,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Motosikal Berkuasa Tinggi peringkat Kontinjen Selangor, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Trafik dan Kententeraman Awam Selangor, Superintenden Che Hussin Omar. Hadir sama, 12 ketua polis daerah ini yang menerima replika kunci motosikal.

Khalid turut memberi amaran kepada ibu bapa atau pemilik motosikal supaya tidak membenarkan remaja bawah umur menunggang motosikal dan sekiranya mereka melanggar arahan itu, tindakan tegas dengan mengenakan saman maksimun terhadap penunggang dan pemilik motosikal akan dikenakan. _ Metro

* Lagi-lagi fikir duit masuk kantung... patutlah masalah tidak selesai.

No comments:

Post a Comment