Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
12 May 2009
Status MB: Zambry ibratkan diri sebagai Gandhi, Mandela
PETALING JAYA: Menteri Besar sejak Februari lalu, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir melihat dirinya ibarat pemimpin terkenal Mahathma Gandhi dan Nelson Mandela dalam menegakkan kebenaran di Perak.
Beliau turut memberi amaran kepada Pakatan Rakyat supaya mereka tidak memandang rendah akan keupayaannya.
Namun Zambry sekali lagi menegaskan bahawa beliau menerima dengan hati terbuka keputusan mahkamah semalam.
"Keputusan itu membuktikan mahkamah adil dalam melaksanakan tanggungjawab perundangan, dan sekali gus menolak persepsi yang diada-adakan oleh Pakatan Pembangkang," katanya dalam satu kenyataan di laman blognya hari ini.
Bagaimanapun, jelas Zambry, beliau dan rakan-rakannya yang lain akan meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan membela rakyat kerana ia adalah tradisi dan intipati perjuangan Barisan Nasional.
"Menegakkan kebenaran bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan kegigihan.
"Nelson Mandela misalnya mengorbankan kebebasannya selama 27 tahun demi membebaskan rakyat Afrika Selatan dari cengkaman “apartheid”.
"Mahatma Ghandi pula mengorbankan nyawanya untuk memastikan kemerdekaan India serta rakyatnya dapat hidup aman tanpa sempadan kasta dan agama.
“Saya mempelajari bahawa keberanian bukanlah bermakna tidak punya perasaan takut, tetapi berjaya mengatasinya. Mereka yang berani bukanlah mereka yang tidak punya perasaan takut tetapi mereka yang mampu menakluki rasa takut itu.
Mengulas lanjut mengenainya, Zambry yang juga ADUN Pangkor berkata, jika dibandingkan dengan dua tokoh yang disebutkan itu, perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan oleh beliau dan Exco yang lain tidak seteruk dua pemimpin tersebut.
"Sekurang-kurangnya saya tidak hilang kebebasan atau disakiti untuk menegakkan kebenaran.
"Saya hanya menempuhi persepsi umum yang negatif seperti yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang termasuk Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin serta orang-orang kanannya," katanya.
- Mstar
* Ghandi tidak takut pilihanraya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tun Dr. Mahathir pernah berkata "melayu mudah lupa..." Dengan hanya sedikit acahan saja maka seluruh gabungan pakatan rakyat bergembira meraikan keputusan itu dan mereka lupa bahawa keputusan hakim mahkamah tinggi boleh dicabul oleh mahkamah rayuan.
ReplyDeleteOleh kerana itu Zambry berkata dia menerima keputusan itu dengan hati terbuka. Sekarang giliran Mohamad Nizar pula menerima keputusan mahkamah rayuan dengan hati terbuka.
Kenapa rakyat boleh diperbodohkan...? Puncanya adalah kerana rakyat percaya bahawa mahkamah adalah tempat memberi keadilan kepada orang dipihak yang benar.
Oleh kerana itu kerajaan pimpinan Mohd. Najib mewarasi perbuatan Tun Dr. Mahathir menggunakan mahkamah untuk memutarbelitkan fakta yang salah menjadi benar dan yang benar menjadi salah. Setiap keputusan dari mahkamah mesti dipatuhi tidak boleh dibantah. Ini adalah kelebihan dan kemenangan buat Mohd. Najib Razak.
Walau apa pun tipu muslihat yang UMNO-BN lakukan, rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat jangan duduk diam membiarkan mereka melakukan apa saja yang mereka suka. Jika dibiarkan mereka akan naik lemak....
Kita mesti bersatu menentang kezaliman yang mereka lakukan terhadap rakyat. Jika nyawa perlu digadaikan maka itulah perlu kita lakukan demi warisan anak cucu kita yang akan datang.
kah..kah..dei..tukar cermin mata bulat baru jadi ghandi..kah..kah...kulit ada sama..rambut hampir serupa...susuk badan..ada sikit mandela...
ReplyDeletewoit...cakap ada serupa ka?....
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete