02 May 2009

Speaker DUN Perak: Ganesan sahkan dicalon ganti Sivakumar



Bekas ADUN Sungkai dari MIC telah beri persetujuan

PETALING JAYA: Setiausaha Badan Perhubungan MIC Perak, Datuk R. Ganesan mengesahkan yang namanya telah dicalonkan untuk menggantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar daripada Pakatan Rakyat minggu depan.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai itu menjelaskan, beliau telah memberi persetujuan untuk dilantik ke jawatan tersebut apabila DUN bersidang Khamis ini.

“Saya telah menandatangani surat persetujuan dilantik ke jawatan Speaker dua hari lalu, 29 April,” kata beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Beliau juga merupakan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC dari tahun 2000. Beliau memenangi kerusi DUN Sungkai dengan menewaskan A. Sivanesan dari DAP pada pilihan raya umum 2004.

Ganesan, 57, lulusan undang-undang menambah, beliau bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut jika diberikan kepercayaan oleh parti.

“Saya adalah penyokong parti dan apa jua keputusan dibuat oleh parti, saya akan menyokong.

“Dalam hal ini, saya mengucapkan terima kasih kepada pucuk kepimpinan MIC dan Menteri Besar (Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir) kerana memberikan kepercayaan memegang jawatan ini,” katanya lagi. “Saya telah mendengar khabar angin bahawa saya akan dilantik sebagai Speaker sejak beberapa hari yang lalu dan ada dua nama lain turut disebut-sebut… ia cuma menjadi pasti kelmarin apabila surat persetujuan diberikan kepada saya oleh BN untuk ditandatangani,” katanya.

Laporan media menyebut antara nama turut disebut-sebut ialah Datuk Dr. S. Vasan yang pernah bersaing di kerusi DUN Pasir Panjang pada Mac 2008, yang dimenangi oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. _ Mstar

* Belum puas menjatuhkan kerajaan sah yang dilantik oleh rakyat. Jawatan speaker pula menjadi sasaran. Rakyat Malaysia perlu tolak aliran ganas dan melampau.

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Parti pembangkang yang bergabong sebagai pakatan rakyat jangan lemah semangat "LAWAN TETAP LAWAN".

    Dalam kemelut politi Negeri Perak, jangan bagi ruang untuk berkompromi dengan Barisan Nasional demi menegakkan kebenaran berpandukan peraturan dan undang-undang sedia ada.

    Apa yang dilaung-laungkan oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir tidak semestinya dia berada dilandasan yang benar.

    ReplyDelete