Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
07 May 2009
'Sidang' dalam sidang, Raja Nazrin masih menanti untuk rasmi
IPOH: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sepatutnya dirasmikan oleh Raja Muda Perak sebentar lagi menjadi kecoh apabila Speaker DUN, V Sivakumar mengarahkan 10 ADUN termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir keluar dari Dewan.
Sembilan lagi yang diarahkan keluar adalah enam ADUN yang juga Exco negeri iaitu Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).
Sementara tiga lagi adalah ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).
Sivakumar berulang kali menyatakan bahawa beliau tidak akan memulakan sidang selagi 10 ADUN tersebut tidak meninggalkan Dewan.
Sementara kekecohan berlaku, Raja Nazrin berada di dalam kamar diraja sementara menanti untuk merasmikan sidang Dewan.
Sivakumar yang masuk ke Dewan pada pukul 10 pagi tadi berkata, beliau mahu menetapkan beberapa perkara sebelum sidang Dewan dirasmikan.
Antara ketetapan itu adalah mengarahkan Dr Zambry dan enam Exco serta tiga ADUN Bebas keluar dari Dewan. Bagaimanapun, 10 ADUN itu enggan berganjak dari tempat duduk masing-masing.
"Saya mahu 10 ADUN ini keluar dengan serta merta. Saya minta Bentara mengarahkan mereka keluar," katanya.
Kira-kira pukul 10.20 pagi, Dr Zambry bangun membacakan usul memecat Sivakumar dari jawatan Speaker dan ia disokong sebulat suara oleh 27 ADUN BN dan tiga ADUN Bebas denagn mengangkat tangan.
Bagaimanapun, Sivakumar berkata, ADUN yang telah digantung (Zambry) tidak boleh membawa usul dan ia dianggap sebagai tidak sah.
"Selagi orang yang diarah keluar ada dalam dewan, Dewan tidak akan bersidang," katanya.
* Tengok perangai Umno / BN, boleh hancur negara dibuatnya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment