Keputusan yang dinanti-nantikan di seluruh negara berhubung kesahihah menteri besar Perak akan diketahui lebih kurang 15 minit lagi.
Mahkamah Rayuan akan mengumumkan penghakiman rayuan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Panel tiga hakim telah mendengar hujah kedua-dua pihak di mahkamah tersebut di Putrjaya seharian semalam.
Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.
Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.
Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar.
Tetapi kegembiraannya tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.
Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.
- Malaysiakini
No comments:
Post a Comment