IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berhadapan dengan kemungkinan hilang jawatannya esok telah memutuskan tindakan berhubung tiga hingga empat perkara penting untuk dilaksanakan apabila sidang Dewan bermula esok.
"Saya sudah buat keputusan berkaitan banyak perkata, tiga hingga empat perkara.
"Ada beberapa lagi belum saya putuskan," kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Bagaimanapun beliau enggan menyatakan butiran tentang keputusan yang telah pun ditentukan tindakannya.
Ketika ditanya sama ada akan menolak dua usul yang dikemukakan oleh BN, Sivakumar yang merupakan ADUN Pakatan Rakyat enggan mengulas lanjut sambil meminta menunggu hingg esok.
BN mengemukakan usul agar Sivakumar digantikan oleh wakilnya dari MIC sebagai Speaker yang baru.
Bagaimanapun Sivakumar menekankan bahawa beliau sebagai Speaker mempunyai hak untuk menerima ataupun menolak mana-mana usul.
"Itu adalah kuasa Speaker," katanya yang turut enggan mengulas sama ada akan membenarkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam exconya yang lain masuk ke Dewan pagi esok.
"Itu soalan serius. Saya tahu mahu menjawab," katanya.
Semalam bekas Exco Kanan semasa kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat berkata, Zambry dan enam Exco yang lain masih tidak layak untuk mengambil bahagian dalam sidang penggal baru esok. _ Mstar
No comments:
Post a Comment