04 May 2009

Polis rampas 900kg syabu di Rompin

KUALA LUMPUR - Polis merampas kira-kira 900 kilogram dadah dipercayai syabu yang sedang diisi ke dalam sebuah kontena selepas menahan tiga lelaki di satu kawasan di Rompin, Pahang semalam.

Semasa ditemui, syabu dalam bentuk ketulan kristal itu sedang dimasukkan ke dalam 10 buah tong plastik yang diletakkan di dalam kontena itu.

Dadah yang dianggarkan bernilai kira-kira RM200 juta itu ditemui pada pukul 6 pagi oleh sepasukan polis yang memerhati gelagat tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan berhampiran kontena tersebut.

Dua daripada lelaki itu berada di belakang kontena dan sedang memuatkan dadah dalam bentuk ketulan kristal ke dalam tong-tong plastik tersebut. _ Kosmo

1 comment:

  1. Polis merampas kira-kira 900 kilogram dadah jenis syabu...? Banyak duit tu kalau dapat dijual pada pengedar runcit dan penagih tegar...

    Diharap dadah ini tidak hilang dan tidak ada anggota polis yang dibunuh kerana konspirasi polis curi dadah dalam balai.

    ReplyDelete