07 May 2009

"Pergi mampus" buat speaker haram


12.45 pm - Thomas Su, ADUN Pasir Pinji, menunjukkan sekeping wang RM50 kepada R Ganesan, speaker baru lantikan BN, sambil menjerit "pergi mampus" dalam dialek Kantonis.

Hee Yit Foong, timbalan Speaker DUN Perak, mengambil wang itu dan mencarik-carikkannya. Thomas kemudian berkata kepada Hee bahawa ADUN Jelapang itu tidak berminat dengan jumlah wang yang kecil.

ADUN Aulong, Yew Tian Hoe pula membaling kertas ke arah Ganesan.
Wakil-wakil rakyat BN merakamkan gelagat dua ADUN DAP itu dengan video telefon mereka, sementara tindakan serupa dibuat oleh ADUN Pakatan. _ Malaysiakini

No comments:

Post a Comment