GEORGETOWN: Seorang pekerja pasar raya besar di Seberang Jaya, Butterworth ditahan polis selepas nekad mencium pipi seorang wanita kerana terlalu syok dengannya di premis itu, kelmarin.
Sebelum kejadian itu, lelaki berusia 19 tahun memberitahu mangsa dia mahu menciumnya sebelum benar-benar melakukannya kerana menyifatkan mangsa berusia 22 tahun 'pujaan hatinya'.
Dia melakukan perbuatan itu apabila mereka berselisih bahu ketika mangsa keluar tandas, kira-kira jam 11.30 pagi.
Ketua jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner II Wan Abdullah Tuanku Said, berkata mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki itu, menjerit sehingga menarik perhatian pengawal keselamatan.
Berikutan itu, pengawal keselamatan berjaya memberkas lelaki terbabit dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.
"Siasatan awal mendapati mangsa dan suspek mengenali antara satu sama lain dan suspek menyimpan perasaan terhadap wanita itu serta dikatakan cuba memikat mangsa," katanya di sini semalam.
Siasatan masih dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-duanya. _ Bharian
* Lawak betul sorang mamat ni
No comments:
Post a Comment