SELEPAS Subuh tadi saya menerima berita dukacita, seorang sahabat Khairel Annuar Ujang, 62 (foto) telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 6:00 pagi tadi. Menurut isterinya, Norlela Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di hospital Sungai Buloh.
Khairel seorang kawan yang dikenali dengan sifat pemurah, suka bergurau dan disenangi oleh kawan-kawan kerana gurauan. Beliau juga seorang yang suka membantu orang. Walaupun beliau seorang hakim namun jawatan itu tidak pernah membezakan status dan kedudukannya dengan orang ramai.
Beliau merupakan salah seorang menantu Ashaari Muhammad bekas pemimpin jemaah Darul Arqam.
Sepanjang perkhidmatan dengan kerajaan beliau pernah menjadi Peguam Kanan Persekutuan yang berkhidmat di Kementerian Dalam Negeri, dan beberapa jawatan lain sebelum dilantik menjadi Presiden Mahkamah Sesyen Klang.
Allahyaraham bersara awal kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Beliau mengindap sakit buah pinggang sejak lebih empat tahun lalu dan terpaksa menjalani rawatan hemodialisis sebanyak dua kali seminggu.
Khairel meninggalkan dua balu, cikgu Aisah dan Cik Norlela. Jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan di Country Home Rawang sebelum Zohor hari ini. Al Fatihah. _ msomelayu
No comments:
Post a Comment