Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
08 May 2009
Kekuatan kami tidak dapat melawan kekuatan penceroboh yang tidak diundang
Beginilah saat-saat akhir pergelutan yang berlaku di meja Speaker, kami telah melakukan dengan sepenuh tenaga yang ada untuk memastikan Sivakumar tidak dipindahkan dari kerusinya. Namun kekuatan kami sangat kecil berbanding dengan 400 orang Polis yang berada di sekitar Bangunan Dewan Negeri. Itupun yang dipakai cuma sekitar 50 orang untuk menafikan hak kami.
Sepatutnya Polis tidak boleh campur dalm urusan Dewan Negeri. Kmu berkuasa diluar Dewan Negeri, ternyata tindakan polis menyebabkan kebencian kepada Polis meningkat.
kalaulah hanya dengan tenaga ADUN BN, usaha merampas kerusi Speaker pasti gagal. _ Cina Islam
* Hanya dalam empat situasi sahaja speaker baru boleh dilantik (Edisi Umno)
1) speaker sedia ada meletak jawatan atau
2) meninggal dunia atau
3) selepas penggal baru persidangan Dun bermula atau
4) seret speaker sedia ada, seperti seekor haiwan oleh samseng2 upahan keluar dewan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mula2 ingat real laa... takde apa2 yg salah walaupon edisi umno... tp bila baca yg ke-4 tu... hahaahahahaha... memang betul pun edisi umno!!!!
ReplyDeleteUMNO MEMANG PARTI PERKAUMAN, PARTI PEMIMPIN TERBANYAK RASUAH, PARTI YG MENJAHANAMKAN EKONOMI MALAYSIA. DAH NAIK MENYAMPAH AKU DENGAN PARTI UMNO......AKU CONFIRM LEPAS NIE JIKA ADA PRK SUDAH PASTI JIKA UMNO CALONNYA RAKYAT AKAN MENOLAKNYA KERANA BUDAYA UMNO SAMA SEPERTI YAHUDI. SEMUANYA BENAR DAN SAH BILA UMNO YG LAKUKAN....JAHANAM UMNO!!!!
ReplyDeleteJika begitulah adegan-adegan dalam dewan boleh berlaku maka siapa sebenarnya kerajaan yang mengaku berkuasa dalam negeri Perak....?
ReplyDeleteApakah ahli UMNO dan sekutunya amat bergembira melihat pekara seperti itu berlaku...? Dan menuduh pihak parti pembangkang tidak mengikut peraturan dan undang-undang dalam dewan...?
Sebagai rakyat jati Perak, kita cabar ahli dan pemimpin UMNO serta sekutunya tampil memberi kenyataan bertulis dan berakam mengatakan mereka bertindak sebagai samseng dalam dewan kerana mereka sebenarnya berada dilandasan yang betul...!!
Wahai ahli keluargaku yang telah bermati-matian menyokong umno-bn sejak dulu lagi, lihatlah dan dengarlah apa yang telah parti kesayangan anda telah lakukan terhadap peraturan dan undang-undang dalam dewan.
Apakah anda masih mengatakan parti anda sememangnya parti yang mempertahankan perlembagaan dan undang-undang...?
Wahai ahli keluargaku, anda semua sudah ditipu oleh pemimpin baru dari kalangan pemimpin lama. Hari ini mereka sudah menunjukkan wajah sebenar mereka bahawa mereka adalah perosak undang-undang, agama, bangsa dan negara.
Wahai ahli keluargaku, jika anda semua masih sayang pada parti itu maka singkirkanlah pemimpin yang mengamalkan rasuah dan zalim. Jika anda tidak mampu melakukannya maka bebaskan lah diri dari terikat dengan segala syarat, peraturan dan undang-undang parti itu.
Carilah parti yang boleh menjaga kesejahteraan warisan kita, carilah parti yang mampu memberi keadilan dan keamanan kepada semua warganegara kita.
Dan tentanglah sehingga tumbang parti umno dan sekutunya yang kini telah menjadi duri dalam daging rakyat Malaysia.