24 May 2009

'Kalau menang belah dia tidak apa'

IPOH 23 Mei - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) hari ini membidas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Beliau berkata, mereka sepatutnya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan tidak menimbulkan masalah apabila keputusan itu tidak memihak kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

''Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang belah dia tidak apa tetapi apabila kalah hendak bangkang," katanya ketika dihubungi semasa berada di Mekah, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selama tiga hari mulai Selasa hingga Khamis depan bagi mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.

Ketika ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ''Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya,".

Zambry pula semasa diminta mengulas rancangan pembangkang itu berkata, biarlah rakyat menilai sendiri sikap mereka.

- Utusan

* Diam sudahlah pak cik...

4 comments:

  1. Apa beza nya Mat Zambri GanDela bila kalah pun tak nak terima tapi semua rakyat tahu buat appeal keputusan macam kilat, baca perlembagaan berbelit belit sanggup apa sahaja tak kisah apa implikasi nya masa hadapan kepada negara dan rakyat.
    Pak cik tua tu cari makan kalau tak dah lama kena tendang, biarkan lah dia jawab nanti.
    Mat GanDela tu dalam gambar cium tangan nak mohon apa? Jilat lah terus. Tanya Zam GanDela tu asal usul dia dari mana?

    ReplyDelete
  2. Ini adalah contoh mufti yang telah dibelit oleh politik. Setiap patah perkataan yang terkeluar dari mulutnya jika diteliti sememangnya dia menyimpang dari landasan keagamaan berunsurkan islam.

    Tidak salah kalau mufti ingin mengembangkan agama islam melalui politik, tetapi mufti mesti faham dulu peraturan dan undang-undang yang telah digubal sebagai landasan yang perlu diikuti oleh semua pihak.

    Peraturan dan undang-undang dalam islam diwujudkan supaya penganut nya tahu membezakan antara haram dan halal. Peraturan dan undang-undang itu dijadikan sebagai benteng supaya penganut islam tidak melakukan pekara yang boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain.

    Tapi dimahkamah rayuan dilihat tidak berlaku adil dalam menyelesaikan kemelut politik Negeri Perak.

    Pakatan Rakyat menggunakan mahkamah untuk mendapat restu supaya DUN Perak dibubarkan dan diadakan pilihanraya. Agar rakyat boleh memilih siapa yang layak mentadbir kerajaan negeri Perak.

    Bukan seperti Barisan Nasional menggunakan mahkamah untuk mendapatkan kuasa memerintah kerajaan negeri Perak.

    Tidak kah mufti nampak bahawa Barisan Nasional telah memperbodohkan rakyat dalam hal berkaitan dengan demokrasi...?

    Kalau Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria fikir dia lebih bijik dalam politik, sila letak jawatan sebagai orang agama.

    ReplyDelete
  3. "Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang belah dia tidak apa tetapi apabila kalah hendak bangkang," katanya. Ungkapan ini melihat dari aspek keputusan mahkamah! Rakyat memandang isu berkenaan dari kaca mata perundangan dan perlembagaan. Rakyat faham, bukan tolol lagi, mengikut perundangan memang sepatutnya Ir Hj Nizar di pihak yang betul. Jadi rakyat hanya menanti mahkamah rubber stemp sahaja. Tetapi malangnya, perundangan dan perlembagaan tubuh negeri dinafikan. Ini yang membuat rakyat marah. Teruskanlah Mb haram tu dengan gayanya, moga lebih ramai rakyat yang benci beend.

    ReplyDelete
  4. Semoga Dato Mufti akan terus berada di sisi BN... persetankan dengan segala carut marut ahli PAS,persetankan dengan segala maki hamun pencacai PKR..persetankan segala hasad dengki dan iri hati pemuja DAP..kerana sesungguhnya Allah telah memperlihatkan kepada kita siapa sebenarnya pejuang Islam sejati..dan siapa sebenarnya yang telah menelanjangkan Islam yang suci..demi kemaruk kuasa..demi gila pangkat..demi camry harga yang tak seberapa..mereka sanggup mencaci,menghina dan mengaibkan mufti dan ulama yang berjuang untuk UMNO..kerana apa?kerana di dalam hati mereka , telah bersarang dengan api kebencian nyalaan pemimpin mereka..mudah-mudahan mereka dibukakan hati untuk sedikit memahami..saat ini UMNO punya 27 kerusi...PAS sekelumit cuma..apakah perbezaan ini pun tak boleh difahami..amin

    ReplyDelete