Semua laluan ke pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh dari Jalan Kuala Kangsar, Jalan Silibin, Jalan Lahat, dan Jalan Hospital akan ditutup sementara sempena persidangan penting DUN Perak.
Jalan-jalan tersebut akan dilencongkan mulai 9 malam ini hingga
esok, lapor Bernama.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias, berkata orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan lalu lintas sepanjang tujuh hari persidangan itu berlangsung.
Beliau berkata cawangan trafik ibu pejabat polis daerah Ipoh sudah
menetapkan 13 kawasan penutupan dan lencongan jalan ketika perasmian DUN pagi esok.
Menurut agensi berita itu, Laluan yang ditutup dan dilencongkan : simpang Jalan Lim Bo Seng, Jalan Horley, simpang Jalan S P Seenavasagam, Jalan Kompleks Islam, simpang Jalan Istana, simpang Masuk Medan Istana, susur dari bangunan pejabat Tanah, susur Jalan Kuala Kangsar, simpang Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan susur dari Taman Idris.
Persidangan DUN Perak kali ini sangat genting untuk BN dan Pakatan Rakyat susulan krisis perebutan kuasa sejak Februari lalu.
Kedua-dua pihak mengakui menteri besar yang sah - Datuk Zambry Abd Kadir (BN) dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (Pakatan) - dan tuntutan ini masih belum diputuskan di mahkamah.
Keadaan tidak menentukan dipercayai boleh menimbulkan suasana tegang dan penuh emosi di dalam dan luar bangunan DUN tersebut.
Polis kelmarin melarang orang ramai berhimpun dekat Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan bangunan DUN, setelah penyokong Pakatan ingin tampil menyaksikan peristiwa penting itu dan menyatakan sokongan kepada kerajaan pilihan mereka. _ Malaysiakini
* Polis sibuk berpolitik, dua wanita mengandung maut diragut.
No comments:
Post a Comment