02 May 2009

Ikat ketua polis

JOHOR BAHRU: “Walaupun kaki dan tangan saya diikat ke belakang, saya bersyukur selepas isteri menyahut apabila namanya dipanggil membuktikan kami tidak diapa-apakan kumpulan perompak terbabit,” kata Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan itu bersama isteri dan seorang anak perempuannya mengalami detik mencemaskan apabila rumah mereka di Taman Damansara Aliff di sini dipecah masuk sekumpulan lelaki dipercayai warga Indonesia sebelum ketiga-tiga mangsa diikat dalam bilik berasingan, kira-kira jam 5.45 pagi semalam.

Mengimbas kejadian itu, Zainuddin berkata, dia tidur seorang diri di bilik belakang kerana pulang lewat daripada bertugas dan tidak mahu mengganggu isterinya yang tidur di bilik utama manakala anaknya di bilik berasingan.

Beliau berkata, dia hanya sedar selepas seorang daripada lelaki itu mengacukan pisau ke lehernya sebelum mengarahkannya tidak membuat bising.

“Mereka mengikat kaki selain tangan saya diikat ke belakang dalam keadaan tertiarap. Selepas keadaan senyap apabila perompak itu dipercayai meninggalkan rumah, saya memanggil isteri dan mendapati dia serta anak tidak dicederakan.

“Dalam keadaan terikat, saya bergerak ke bilik belakang sebelum mendapati isteri dan anak dikumpulkan dalam satu bilik dengan tangan mereka diikat ke depan.

“Saya meminta anak saya mencari gunting untuk menggunting wayar yang mengikat saya dan menghubungi polis dan perompak terbabit melarikan pelbagai barangan berharga, selain telefon bimbit,” katanya.

Zainuddin mengakui ada hikmah di sebalik kejadian berkenaan dan mengadakan tahlil di rumahnya malam tadi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisoner II Datuk Amer Awal, berkata perompak terbabit dipercayai memecah masuk dengan mengumpil pintu belakang rumah menggunakan pemotong besi dan pemutar skru.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan dan siasatan lanjut, polis menahan tiga lelaki berusia 20-an di sekitar bandar raya ini selepas dipercayai terbabit kejadian berkenaan. _ Mymetro

* Yang kau pergi samun rumah ketua polis sebab apa :)

No comments:

Post a Comment