08 May 2009

20 remaja samun, belasah lelaki

KUALA LUMPUR: Mat Rempit semakin melampau apabila sanggup menghentak seorang penolong pengurus syarikat dengan batu-bata sebelum merompaknya di tepi Lebuhraya Persekutuan berhampiran Batu Tiga Shah Alam, pagi semalam.

Dalam kejadian itu, lelaki berusia 31 tahun itu menjadi mangsa kumpulan 20 Mat Rempit yang seolah-olah menjadi lanun jalan raya dengan melakukan rompakan pada awal pagi.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai pembantu pengurus dikatakan sedang tidur di dalam keretanya di tempat letak kereta berhampiran stesen minyak di Tol Batu 3, Shah Alam.

Sumber polis berkata, mangsa yang lena tidur bagaimanapun terkejut apabila cermin keretanya diketuk beberapa lelaki tidak dikenali yang berniat untuk memecah masuk ke dalam kenderaannya.

“Mangsa yang terkejut dengan tindakan ganas kumpulan Mat Rempit terbabit kemudian cuba menghidupkan enjin kereta bagi melarikan diri.

“Namun, mangsa tidak sempat beredar apabila suspek berjaya memecahkan cermin keretanya dengan menggunakan objek keras sebelum membuka pintu kenderaan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kumpulan berkenaan kemudian menarik mangsa keluar dari kereta menyebabkan mangsa tersungkur di atas jalan raya.

“Difahamkan, mangsa yang ketakutan mendapati dia dikepung lebih kurang 20 remaja Mat Rempit yang menaiki 10 motosikal. Mangsa yang dalam keadaan terkejut kemudian ditumbuk seorang suspek.

“Tindakan remaja berkenaan makin ganas apabila mangsa dibelasah beramai-ramai termasuk menggunakan payung tanpa belas kasihan,” katanya. - metro

* Polis sedang sibuk di Perak...

No comments:

Post a Comment