22 April 2009

Tuanku Mizan dipersembahkan kunci bandar raya Santiago

SANTIAGO 21 April — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Selasa dipersembahkan dengan kunci bandar raya Santiago pada hari ketiga lawatan negara Seri Paduka Baginda ke Chile.


Keberangkatan tiba Tuanku Mizan bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di Consistorial Palace, Plaza de Armas, iaitu bangunan Dewan Bandar Raya Santiago, disambut oleh Datuk Bandar Santiago, Pablo Zalaquett Said.


Upacara persembahan kunci itu, yang berlangsung di bilik istiadat “Salon de Honor”, turut disaksikan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga menteri pengiring, serta Duta Malaysia ke Chile, Abdullah Faiz Mohd Zain.


Dalam titahnya, Tuanku Mizan menyifatkan Santiago sebagai sebuah kota metropolis bertenaga dan lambang kepada dinamisme rakyat Chile yang telah menyumbang ke arah kemajuan negara itu dan menjadikan Chile negara contoh di rantau ini.


Seri Paduka Baginda berharap lebih ramai rakyat Chile akan melawat Malaysia bagi melihat kemajuan ekonomi serta warisan kebudayaannya yang pelbagai. - Bernama

* Boleh singgah selepas itu ke San Diego :)

No comments:

Post a Comment