01 April 2009

Talkinkan UMNO di Bukit Gantang

Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan calon PAS di PRK P059 Bukit Gantang. Lihat Profil beliau di sini .

Selama DS memimpin negeri Perak lebih kurang 11 bulan sebelum disentap oleh satu perancangan jahat UMNO/BN, beliau telah menjelajah disetiap ceruk di negeri Perak.

Rakyat Perak telah mengenali hati budinya. Kelembutan perawakannya, kepetahan bercakap di dalam banyak bahasa seperti bahasa inggeris walaupun tak sempat dengan dasar PPSMI yang dipelopori oleh Mahathir dan bahasa mandarin.

Beliau mempunyai pengetahuan yang luas di dalam Agama. Banyak menghafal Surah-Surah Al-Quran, boleh berkhutbah, boleh menyembelih Qurban. Boleh bawa tahlil dan baca talkin. Tetapi beliau tetap humble, penuh tawaduk, bukan sesetengah orang mendabik dada mengisytiharkan boleh membaca Al-Quran dan mentafsir.

Rakyat Perak dari berbilang kaum sudah mengenali beliau luar dan dalam. Beliau memang sudah terkenal di Perak walaupun hanya 11 bulan memerintah. Nama beliau terlonjak lagi selepas ‘perampasan kuasa’ oleh UMNO/BN.

Sejarah tidak boleh ditipu.

UMNO sangat takut serta gementar kerana undi kaum cina dan india adalah bulat seperti bulan mengambang.

Rakyat Perak sangat bersimpati dengan PAS / PR. Rakyat Perak dah mual, muak, jelik dan sentiasa termuntah-muntah seperti ibu muda mengandung 3-4 minggu. Ditambah pula perangai Setiusaha Kerajaan dan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak yang memang mencampuri urusan Kerajaan Negeri.

Daripada perkembangan semasa hari penamaan calon dimana rakyat Perak berpuluh-puluh ribu turun memberi sokongan padu, tidak kira, melayu, cina dan india.

Kaum muda yang turun berbondong-bondong memberi petanda yang amat positif. Kaum muda sudah menolak UMNO kerana kerakusannya, samsengnya, rasuahnya, kesombongannya dan keangkuhanya.

UMNO di mana-mana negeri di bumi Malaysia ini, semuanya berperangai seperti disebutkan tadi. Mereka beranggap melayu itu UMNO, UMNO itu melayu.

Mereka berperasan Malasia itu UMNO, UMNO itu Malaysia.

Mereka menunjukkan polis itu UMNO, UMNO itu polis.

Mereka berfatwa, UMNO itu mufti, mufti itu UMNO. Ini kerana mereka cukup alim apabila bercakap di dalam bidang Agama walaupun kurang mahir.

Mereka berkira-kira, harta kerajaan itu harta UMNO, harta UMNO itu harta UMNO.

Satu mala petaka bagi UMNO negeri Perak khususnya dan UMNO Malaysia amnya dan menjadi titik tolak rakyat negeri Perak memberi selamat tinggal kepada UMNO ialah saat PR dirampas kuasa oleh UMNO.

Percayalah, InsyaAllah UMNO akan di talkinkan di Bukit Gantang.

Saya yakin DS Nizar akan menang dengan selesa InsyaAllah.

http://al-brangi.blogspot.com

* Cadangan : Lakonkan semula watak bengis dan biadap Setiusaha Kerajaan Negeri Perak buat tatapan penduduk Bukit Gantang

3 comments:

  1. Tanya balik.. kenapa TG Nik Aziz tak nak Nizar jd calon.. Ada sbbnya. Kalau Nizar tu lengkap serba serbi tntu TG sendiri yg sokong 1005 tnpa ragu.. Tp sendiri tahu PR bertuankan DAP.. Kuasa tak ada.. Ikut la DAP tu

    ReplyDelete
  2. apa dosa DAP??? kerana mempunyai perjuangan yang sama dengan PAS iaitu mengutuk UMNO dengan kepentingan Rakyat, mendedahkan kebenaran & menegakkan keadilan???

    ReplyDelete
  3. PEMIMPIN UMNO SUKA BILA AHLINYA TOLOL KERANA MUDAHLAH AHLI UMNO DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPINNYA....HANYA AHLI UMNO BAWAHAN AJE YG BOLEH DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPIN UMNO TAPI RAKYAT TAK MUNGKIN DITIPU LAGI....

    ReplyDelete