08 April 2009

Tahniah kepada Pakatan Rakyat – atas kejayaan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang


Tahniah kepada Pakatan Rakyat – atas kejayaan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Tahniah kepada BN atas kejayaannya mereka di Batang Ai. Keputusan memberi petunjuk dan gambaran tertentu. Jangan ada mereka yang bangkit mengatakan bahawa pilihan raya kecil ini tidak menunjukkan bahawa sokongan UMNO serta BN telah meleset kerana sesungguhnya keputusan pilihan raya itu menunjukkan bahawa BN, khususnya UMNO adalah dalam bahaya.

Timbalan Presiden UMNO yang baru, lantas mengatakan bahawa satu kajian dari badan bebas akan dilakukan untuk mengetahui punca kekalahan. Ini akan memberi laporan tepat sama ada kekalahan itu berpunca dari kelemahan jentera atau apakah ada isu lain yang mempengaruhi pengundi. Laporan kajian akan di harap dapat membantu UMNO dan BN untuk pilihan raya akan datang.

Namun bagi saya untuk mengkaji kekalahan UMNO dan kekalahan setiap PRU Kecil akhir-akhir ini harus bermula dengan CERMIN – benar cermin diri dan ahli UMNO sendiri. UMNO berada di tahap yang sebegini kerana kekurangan suara yang sanggup berdepan dengan risiko hilang jawatan dan hilang tempat kerana berani mengkritik kepimpinan dan UMNO. Perubahan ketetapan minda ahli UMNO perlu ada dan perlu diubah. Mereka perlu sedar bahawa UMNO perlu dijana semula kerana wadah perjuangan Melayu ini akan pupus sekiranya mereka leka dan bertindak memberi sokongan palsu dan atau terma yang mahu saya berikan – “loyalis tempang”. _ Umno Reform

No comments:

Post a Comment