27 April 2009

Shafie yakin BN tawan Kedah

KUALA LUMPUR 26 April - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (gambar) akan menggunakan pengalamannya ketika menjadi pembangkang di Sabah bagi merampas kembali Kedah yang kini dikuasai Pas.

Beliau yang baru dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yakin dengan pengalaman berharga itu, rakyat Kedah akan kembali memberi kepercayaan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Pengalaman semasa BN menjadi pembangkang di Sabah akan saya bawa ke Kedah. Kaedah yang sama sehingga Sabah kembali kepada BN bakal diterapkan.

"Jika di Sabah BN berjaya, saya yakin, Kedah pun tidak mustahil untuk kita rampas kembali," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Bukit Aman di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai usaha yang bakal dilakukannya selepas diberi kepercayaan mengetuai UMNO Kedah.

Sebagai rekod BN menjadi pembangkang di Sabah dari April 1985 hingga Mac 1994.

Mengulas lebih lanjut, Mohd. Shafie menjelaskan beberapa pendekatan yang bakal diambil nanti sedikit berbeza berbanding di Sabah kerana kehendak dan tuntutan rakyat Kedah tidak sama.

Sehubungan itu beliau berkata, UMNO Kedah akan turun padang untuk melihat, mendampingi serta mengenal pasti penolakan rakyat terhadap UMNO dan BN pada pilihan raya umum lalu.

Malah beliau tidak menolak kemungkinan akan melakukan beberapa pembaharuan kepada UMNO Kedah selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin negeri itu nanti

"Apa yang penting ialah bekerja bersama-sama bagi mencapai satu matlamat mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan," tegasnya.

Ditanya cabaran yang bakal dihadapinya untuk mengembalikan sokongan rakyat Kedah dengan mengambil kira trend sokong kaum bukan Melayu yang lebih berpihak kepada pembangkang, Mohd. Shafie menjelaskan, UMNO adalah parti yang menjaga kepentingan semua kaum.

Menurutnya, keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau yang dimenangi pembangkang tidak boleh dijadikan asas mengukur penolakan kaum bukan Melayu kepada UMNO dan BN, walaupun sokongan kaum India kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya itu meningkat.

Beliau sebaliknya percaya rakyat dapat menilai kesungguhan kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membawa pembaharuan demi kesejahteraan rakyat.

''Pembaharuan bukan sahaja membabitkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri tetapi turut mengadunkan muka lama dan baru dalam Majlis Tertinggi serta Kabinet.

''Ini menunjukkan kerajaan bukan sekadar retorik untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya yakin dengan kepimpinan baru ini, BN mampu menawan bukan sahaja Kedah tetapi semua negeri lain yang terlepas ke tangan pembangkang,'' katanya. _ Utusan

* Tawan secara halal susahlah sikit tapi tawan secara haram Shafie boleh belajar dari Zambry.

No comments:

Post a Comment