27 April 2009

Saravanan publisitikan doktor culas dikesali

KUALA LUMPUR 27 April — CUEPACS hari ini menyatakan rasa “kesal mendalam” terhadap cara Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan menangani kes dua orang doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang didapati “culas" bertugas.

Saravanan sepatutnya lebih berhati-hati dan diplomasi, daripada hanya menghebohkannya di akhbar, kata setiausaha agung CUEPACS, Ahmad Shah Md. Zin.

“Memang sebagai seorang ahli politik, beliau meraih beberapa poin, tapi siapa yang teraniaya?” tanya Ahmad Shah.

Beliau mengulas kejadian semalam di unit kecemasan hospital itu, di mana Saravanan “mengesan” seorang doktor sedang membaca surat khabar dan seorang lagi membuat kerja sendiri ketika ramai pesakit menunggu di luar.

Beliau berkata, walaupun CUEPACS tidak akan membiarkan kakitangan awam yang tidak menjalankan kerja dengan baik, tetapi dalam kes ini, adalah amat tidak adil bagi Saravanan menghebohkan kejadian itu yang mungkin merupakan hanya satu kes terpencil.

Ahmad Shah berkata, sebagai tanda beradab, Saravanan boleh membawa perkara itu kepada Pengarah hospital dan Menteri Kesihatan daripada menghebohkannya kepada media dan seluruh dunia. - Bernama

* Selagi tidak dipolitikkan, selagi itu tidak berubah. Isu Kugen, doktor pertama kata punca kematian paru-paru berair. Setelah dipolitikkan, doktor lain mengesahkan mati akibat di pukul polis.

1 comment:

  1. doktor pun ada waktu rehat. kalau kerja kadang kadang tak dapat balik rumah berhari hari.

    penantian itu satu penyeksaan tapi orang kita juga yang membuat diri sendiri menanti. kalau semua emak bapak pastikan dalam keluarga ada doktor kita tak perlu menanti lama. berapa ramai orang kita yang sibuk beli majalah hiburan berbanding buku ilmiah

    ReplyDelete