03 April 2009

Raja Petra diperintah bayar RM1 juta kepada Abdul Azim

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) — Editor blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin, diperintah membayar ganti rugi RM1 juta kepada Bendahari Umno Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berhubung artikel berunsur fitnah yang disiarkan tahun lepas.

Penolong Kanan Pendaftar Nor Hatini Abdul Hamid memerintahkan Raja Petra membayar RM500,000 sebagai ganti rugi am, RM300,000 bagi ganti rugi teruk dan RM200,000 untuk ganti rugi teladan kepada Abdul Azim yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang.

Nor Hatini mengeluarkan perintah itu dalam kamar semalam selepas mendengar penghujahan oleh peguam Abdul Azim, Sunil Abraham, berhubung penilaian bagi ganti rugi itu selepas Abdul Azim mendapat penghakiman tanpa kehadiran Raja Petra pada 8 Ogos tahun lepas.

Sunil memberitahu pemberita hari ini bahawa mahkamah membuat keputusan itu selepas Raja Petra gagal membela diri dan juga tidak memfailkan kenyataan pembelaan dalam kes itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment