GURUN: Dua lelaki berusia 37 dan 54 tahun ditahan polis di Kampung Bukit Lembu dekat sini pada jam 9.40 pagi tadi kerana menahan bas dinaiki 32 petugas Barisan Nasional (BN).
Petugas BN berkenaan yang semuanya lelaki berusia di antara 21 hingga 28 tahun, sedang dalam perjalanan ke tempat bertugas di sekitar DUN Bukit Selambau dari rumah sewa mereka di Bukit Lembu.
Pegawai Perhubungan Media Polis Bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Superintenden Hamzan Darus, berkata kedua-dua lelaki terbabit yang menaiki Toyota Avanza memintas bas berkenaan.
Katanya, mereka kemudian menaiki bas berkenaan dan menghalang pemandu daripada meneruskan perjalanan.
"Ketua rombongan petugas BN itu sempat menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian berkenaan dan anggota yang dikejarkan ke sana menahan lelaki terbabit.
"Mereka kini ditahan di Balai Polis Gurun untuk disiasat mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana melakukan halangan," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
_ Bharian
* Terbalik... Polis sepatutnya siasat 'pengundi hantu'.
No comments:
Post a Comment