05 April 2009

Pencen layan cucu


Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kelihatan ceria bersama keluarganya selepas menyerahkan tugas Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak petang kelmarin.
Abdullah bersama isteri, Tun Jeanne Abdullah menghabiskan masa bersama anak dan cucu mereka, Nouri Abdullah dan Jibreil Ali Jamaluddin di kediaman beliau di Seri Perdana, Putrajaya.

Ditanya sama ada beliau akan bercuti selepas ini, Abdullah berkata: “Cadangan itu baik tapi saya tidak merancang lagi untuk ke mana-mana, mungkin di rumah saya di Sungai Penchala pun boleh bercuti,” ujarnya yang merujuk kediaman baru yang bakal diduduki selepas ini.

No comments:

Post a Comment