27 April 2009

Panas Menjelang Sidang DUN 7 Mei

Sebelas hari menjelang sidang DUN Perak beberapa peristiwa panas dan ganas akan mengambil tempat dalam catatan sejarah. UMNO akan lakukan apa saja untuk mempertahankan kuasa yang dirampas dua bulan lalu. Pakatan Rakyat juga akan bertarung habis-habisan untuk menyekat kemelampauan UMNO-BN.

Hee Yit Foong kini menjalani sessi kaunseling dan motivasi khas untuk berperanan sebaik mungkin mengendalikan sidang DUN 7 Mei. Exco Kanan (haram) kerajaan negeri yang bertanggungjawab mengasuh Hee sedang berusaha meyakinkan Timbalan Speaker itu. Hee masih serba salah, tetapi exco kanan itu gigih berusaha. Selepas tampil bersama Jamaludin dan Osman mengisytiharkan keluar parti pada 4 Februari lalu, Hee berjaya dinasihati oleh exco itu agar tetap pendirian.

Kalau Hee Yit Foong mengendalikan sidang DUN, kemana perginya Sivakumar ketika sidang itu nanti? Pokoknya, Sivakumar mesti tidak hadir. Soal bagaimana memastikan ketidakhadiran Sivakumar sedang dipertimbangkan semasak-masaknya oleh kerajaan rampasan kuasa.

Pilihan pertama ialah menangkap Sivakumar. Setakat ini ada banyak laporan polis telah dibuat terhadapnya. Dia boleh ditangkap bila-bila masa dan ditahan reman selama seminggu. Kalau dia ditahan antara tarikh 1 hingga 6 Mei, sidang DUN pada 7 Mei akan dikendalikan oleh Hee secara sah. Sebaik saja sidang bermula, UMNO boleh mengusulkan pemecatan Sivakumar dan mencadangkan Hee atau Nasarudin sebagai Speaker baru. Usul itu akan menang dengan 29 menyokong dan 27 menentang.

Pilihan kedua ialah memujuk Sivakumar seperti pujuk-tawar-ugut yang dibuat terhadap 4 pelompat sedia ada. UMNO tak perlu bimbangkan apa-apa risiko undang-undang kerana semua jabatan/agensi/suruhanjaya penguatkuasaan undang-undang telah menyembah taat setia.

Pilihan ketiga ialah menghilangkan Sivakumar seperti di awal kes 3 pelompat daripada PR menjelang rampasan kuasa tempohari. Pilihan keempat ialah menguzurkan Sivakumar dengan cara menghilangkan upaya fizikalnya untuk hadir ke sidang DUN. Kalau Sivakumar sakit teruk atau cedera teruk pada saat-saat akhir menjelang 7 Mei, sudah tentu dia tak dapat menghadiri sidang.

Namun begitu UMNO masih mengkaji secara serius kesan tindakan yang akan dibuat itu. Setakat ini belum terjumpa kaedah yang meyakinkan untuk mempositifkan persepsi rakyat akibat langkah meng’ghaib‘kan Speaker itu. Sama ada jangka pendek atau jangka panjang, kelihatannya UMNO tetap rugi. Penyokong PR akan semakin marah dan benci. Sebahagian pengundi atas pagar akan beralih simpati kepada PR. Begitulah report yang dikemukakan oleh sekelian mata dan telinga UMNO di seluruh pelosok negara.

Tapi UMNO tak ada banyak pilihan. Kalau Sivakumar mengendalikan Sidang, UMNO akan berdepan dengan bermacam-macam risiko. PR ada ruang yang cukup luas untuk menguasai sidang. Tiga pelompat yang asal boleh diusir dari dewan. Tujuh pesalah gantung boleh dihalau oleh Speaker dengan alasan yang lain pula. Yang tinggal hanya 21 ADUN BN berbanding 27 ADUN PR (tak termasuk Speaker). Ketika itu kalau nak bubarkan DUN, Pakatan Rakyat boleh mengusulkannya. Kalau nak sabitkan mana-mana ADUN BN atas apa-apa kesalahan lalu dihukum gantung macam Gobind Singh, PR boleh melakukannya. Jawabnya lingkup bahanalah UMNO.

Oleh itu by hook or by crook Sivakumar mesti tiada dalam sidang DUN 7 Mei.

www.cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com

No comments:

Post a Comment