PERDANA Menteri, Mohd Najib Razak membuat dua pengumuman penting sempena perutusan pertamanya selaku Perdana Menteri menerusi televisyen sekejap tadi. Pengumuman itu ialah akan menarik balik penggantungan permit dua akhbar (Harakah milik Pas dan Suara Keadilan milik Parti Keadilan Nasional).
Kedua akhbar lidah parti itu digantung selama tiga bulan berkuat kuasa pada 23 Mac lalu kerana dikatakan melanggari peraturan tertentu.
Najib juga mengumumkan pembebasan serta merta 13 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (Isa). Butiran lanjut mengenai pembebasan itu katanya akan diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri, katanya.
Beliau juga menjelaskan akta ISA itu juga akan dikaji semula dan prosesnya akan dimula segera.
Pengumuman itu mengejutkan dan dilihat sebagai reaksi awal Najib dalam proses untuk membuat pembaharuan dalam pentadbiran seperti mana dijanjikan.
Dua pengumuman itu juga dilihat ada unsur-unsur kempen pilihan raya kecil yang berlaku kini. Pengumuman itu bakal memberi cabaran dan pukulan kepada pembangkang yang kini sedang bertarung untuk mempertahankan kerusi Bukit Selambau, Kedah dan Bukit Gantang Perak.
Satu lagi kerusi yang sedang menghadapi pilihan raya kecil ialah Batang Ai, di Sarawak.
Adalah dipercayai beberapa pembaharuan dan perubahan segera bakal diumumkan Najib dari masa ke semasa.
Dalam perutusan itu juga belia berjanji akan mendahului keperluan rakyat dan pencapaian akan dipercepatkan. _ msomelayu
No comments:
Post a Comment