Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
01 April 2009
Najib iringi Abdullah menghadap Agong esok, angkat sumpah lusa
PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin esok.
"Esok Perdana Menteri jemput saya untuk mengiringi beliau menghadap Agong," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada Sekolah Tamil di sini hari ini.
Abdullah akan menghadap Tuanku Mizan bagi membincangkan isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri seperti mana yang telah dipersetujui dalam pelan peralihan kuasa antara beliau dan Najib sebelum ini.
Sementara itu Bernama melaporkan, Agong berkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Najib sebagai Perdana Menteri diadakan pada 10 pagi, Jumaat ini di Istana Negara, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Sidek berkata Tuanku Mizan juga berkenan supaya Abdullah bersama Najib bersama-sama menghadap Seri Paduka pukul 10 pagi esok untuk Abdullah menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri dan memohon perkenan melantik Najib sebagai Perdana Menteri yang baru.
Mohd Sidek berkata Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan itu semasa majlis menghadap oleh Abdullah sebelum mesyuarat jemaah Menteri pagi ini.
"Yang di-Pertuan Agong juga telah memberi perkenan supaya Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri diadakan pada jam 10 pagi, Jumaat, 3 April 2009 di Istana Negara," menurut kenyataan itu. Najib, telah mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Abdullah pada perhimpunan agung parti itu minggu lepas.
_ Mstar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment