05 April 2009

Najib buat lawatan mengejut sekitar ibu negara


KUALA LUMPUR 4 April — Tanpa permaidani merah dan tanpa bunga manggar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat lawatan mengejut di sekitar ibu negara bagi bertemu dan mengetahui masalah rakyat biasa.

Beliau yang memakai baju khaki lengan pendek berwarna hijau cair dan seluar khaki berwarna coklat cair meluangkan masa kira-kira dua jam di kawasan perniagaan di Petaling Street, kawasan perumahan kos rendah dan sederhana Vista Angkasa di Bukit Kerinchi, Bangsar serta deretan kedai di Jalan Tun Sambathan, Brickfield. - Bernama

* Dulu Pak Lah begitulah. Sebaik sahaja memegang tampuk kekuasaan terus membuat lawatan mengejut untuk menunjukkan 'penyapu baru'nya. Sekali itulah.

1 comment:

  1. pak lah mula-mula buat kenduri lepas tu jadi imam sembahyang maghrib,betullll....sekali tu saja lah...

    ReplyDelete