02 April 2009

Masa berkempen tamat 11.30 malam

TAIPING: Polis menetapkan beberapa syarat tambahan bagi permohonan permit ceramah termasuk mengehadkan tempoh berkempen sehingga jam 11.30 malam selepas mengambil kira aduan orang ramai.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, syarat tambahan itu berikutan polis menerima banyak aduan kempen melebihi jam 12 tengah malam mengganggu dan menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk.

"Jadi polis mengenakan syarat tempoh kempen sehingga jam 11.30 malam saja. Selain itu, perbincangan isu membabitkan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan sebarang keputusan yang diputuskan Raja juga dilarang disentuh ketika berceramah kerana kes berkenaan masih dalam perbicaraan mahkamah.

"Tidak timbul soal polis menyebelahi mana-mana pihak kerana contohnya, kes Altantuya bukan hanya disiasat untuk satu aspek semata-mata, tetapi turut merangkumi isu lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media polis mengenakan pelbagai syarat tambahan kepada setiap permohonan untuk mendapat kelulusan permit ceramah di pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Berikutan itu, Syed Hamid meminta masyarakat memberi sokongan kepada polis dalam melaksanakan tugas mereka sepanjang tempoh berkempen itu dan mendakwa pembangkang hanya memainkan kes Atantuya semata-mata untuk memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menafikan polis mengeluarkan syarat tambahan bagi permohonan ceramah oleh calon dan parti bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan Batang Air.

Katanya, syarat yang diguna pakai ketika pilihan raya sebelum ini adalah sama dan tidak berubah.

"Mana ada syarat tambahan itu, kita guna apa yang sudah sedia ada sebelum ini. Jika syarat sedia ada ini dilanggar, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang terbabit.

"Apa yang kita maklumkan, janganlah penceramah atau ahli politik menyentuh isu hasutan dan perkauman. Perkara ini boleh mencetuskan pergaduhan dan akan menjejaskan perjalanan proses pilihan raya," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. _ Bharian

2 comments:

  1. Takbir!!! Yang terganggu itu adalah BeEnd kot...orang PR tak kesah pun. Kalau buat konsert tak pulak tetapkan waktu!

    ReplyDelete
  2. PASTIKAN PAKATAN RAKYAT BERUSAHA AGAR MALAYSIA DAPAT DIPERINTAH OLEH PAKATAN RAKYAT....BILA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH...BUKA BALIK FAIL...MANA-MANA REPORT DARI PR TAPI POLIS TAK AMBIL ACTION....KITA AJAR POLIS TERBABIT....JIKA BERSALAH KITA SUMBATKAN MEREKA YG BERSALAH KEDALAM PENJARA.

    ReplyDelete