23 April 2009

Lelaki tikam perompak dengan pemutar skru

KUALA LUMPUR 23 April — Seorang lelaki nekad menikam seorang daripada tiga perompak warga Indonesia yang memasuki rumahnya di Taman Rahmat Jaya, Kundang, Rawang dengan sebatang pemutar skru dalam satu insiden awal pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, lelaki berusia 49 tahun itu yang sedang nyenyak tidur di biliknya dikejutkan dengan jeritan anak dan isterinya yang ’ditawan’ oleh tiga lelaki yang bersenjata tajam.


“Lelaki itu bertindak keluar dari bilik sebelum menyedari dua lelaki bersenjatakan pisau dan pemutar skru berada di dalam rumahnya manakala seorang lagi bersenjatakan ’cutter’ berjaga di luar pintu.


“Salah seorang suspek kemudiannya mengikat anak mangsa (lelaki) yang berusia 20-an dan mengawal pergerakan keluarga terbabit manakala seorang lagi menggeledah rumah sebelum menemui tiga buah telefon bimbit, barangan kemas dan sejumlah wang,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau berkata mangsa kemudiannya bertindak nekad merampas pemutar skru yang dipegang oleh salah seorang suspek lalu menikam belakang badannya dan berlaku pergelutan antara mereka. - Bernama

* Tidak adil sekiranya dikatakan warga perompak

No comments:

Post a Comment