26 April 2009

JPJ peroleh hasil RM2.7b tahun lalu

ROMPIN 26 April — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperoleh pungutan hasil berjumlah RM2.7 bilion pada tahun lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Solah Mat Hassan.

Beliau berkata jumlah pungutan tersebut merupakan pungutan ketiga terbesar negara selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

“68 peratus daripada jumlah tersebut merupakan hasil daripada pembaharuan lesen dan cukai jalan oleh pemilik kenderaan berdaftar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Satu Komuniti Satu JPJ di Felda Selendang di sini, hari ini.

Melalui penguatkuasaan pula, beliau berkata JPJ hanya memperoleh RM50 juta daripada kutipan saman dan kompaun.

Sementara itu, Program Satu Komuniti Satu JPJ berjaya membantu 444 warga emas dan masyarakat Orang Asli di daerah Rompin memperoleh lesen memandu percubaan B2 (motosikal) manakala sebanyak 59 buah motosikal yang tertangguh pembayaran cukai jalan selepas 10 tahun turut berjaya dikesan.

- BERNAMA

* Salurkan wang saman ke sebarang program kurangkan kemalangan di Malaysia.

No comments:

Post a Comment